Terdapat produk yang memberi jaminan
sepanjang hayat iaitu Tupperware Brands dengan bangganya menyokong produk ini
supaya anda boleh membeli dengan keyakinan. Semua produk Tupperware yang dibawa
di bawah Tanda dagang Tupperware dijamin oleh Tupperware Brands untuk di
bawah penggunaan domestik biasa untuk seumur hidup produk tersebut. Tupperware
Brands akan menggantikan, percuma, mana-mana produk Tupperware, atau mana-mana
bahagian yang, di bawah penggunaan domestik yang normal, yang menunjukkan
kecacatan pembuatan.
Tuesday, May 28, 2019
Jaminan sepanjang hayat
Wednesday, May 15, 2019
Butir-butir jaminan produk
Produk Konsumer
TV Warna
1 tahun (alat ganti, upah kerja)
Tiada jaminan untuk antena dan alat kawalan jauh.
TV LCD
2 tahun (alat ganti, upah kerja)
Tiada jaminan untuk antena dan alat kawalan jauh.
Nota: a) Kecuali model LCD 19" b) Berkuatkuasa April 2009 untuk model LCD
BD/DVD
1 tahun (alat ganti, upah kerja)
Hanya satu penggantian Unit Pikap Optik dalam tempoh jaminan setelah kerosakan disahkan. Penggantian berikutnya akan dikenakan bayaran sewajarnya.
Projektor
1 tahun (alat ganti, upah kerja)
Hanya satu penggantian Lampu Projektor dalam tempoh jaminan setelah kerosakan disahkan. Penggantian berikutnya akan dikenakan bayaran sewajarnya.
TV Warna
1 tahun (alat ganti, upah kerja)
Tiada jaminan untuk antena dan alat kawalan jauh.
TV LCD
2 tahun (alat ganti, upah kerja)
Tiada jaminan untuk antena dan alat kawalan jauh.
Nota: a) Kecuali model LCD 19" b) Berkuatkuasa April 2009 untuk model LCD
BD/DVD
1 tahun (alat ganti, upah kerja)
Hanya satu penggantian Unit Pikap Optik dalam tempoh jaminan setelah kerosakan disahkan. Penggantian berikutnya akan dikenakan bayaran sewajarnya.
Projektor
1 tahun (alat ganti, upah kerja)
Hanya satu penggantian Lampu Projektor dalam tempoh jaminan setelah kerosakan disahkan. Penggantian berikutnya akan dikenakan bayaran sewajarnya.
Penyaman Udara
1 tahun (alat ganti, upah kerja)
Jaminan 1 tahun ini tidak meliputi kemasan dalaman atau luaran kabinet. Jaminan 5 tahun hanya untuk kompresor (tidak termasuk penambahan gas, servis dan caj pengangkutan). Hanya satu penggantian untuk kompresor dalam tempoh jaminan setelah kerosakan disahkan. Penggantian berikutnya akan dikenakan bayaran sewajarnya.
Audio
1 tahun (alat ganti, upah kerja)
Peti Sejuk
1 tahun (alat ganti, upah kerja)
Jaminan 1 tahun ini tidak meliputi kemasan dalaman atau luaran kabinet. Jaminan 5 tahun hanya untuk kompresor (tidak termasuk penambahan gas, servis dan caj pengangkutan). Hanya satu penggantian untuk kompresor dalam tempoh jaminan setelah kerosakan disahkan. Penggantian berikutnya akan dikenakan bayaran sewajarnya.
Peralatan Rumah
1 tahun (alat ganti, upah kerja)
Lain-Lain
1 tahun (alat ganti, upah kerja)
Produk Pejabat
Facsimile
1 tahun (alat ganti, upah kerja)
Servis setempat untuk model terpilih sahaja.
Projektor
2 tahun (alat ganti, upah kerja)
Servis dalaman sahaja. Jaminan lampu 500 jam atau 6 bulan yang mana lebih awal.
Monitor IDP
1 tahun (alat ganti, upah kerja)
Servis setempat sahaja.
Kalkulator / Organizer / PDA
1 tahun (alat ganti, upah kerja)
Servis dalaman sahaja.
Tuesday, May 7, 2019
Syarat-syarat Jaminan Daripada Syarikat Pembekal
Di pasaran terdapat banyak barang perkakasan rumah, barang keperluan, barang perabut dan lain-lain yang kita beli di pasaran mempunyai jaminan yang diberikan oleh pihak pembekal. Berikut adalah contoh syarat jaminan yang diberi oleh Syarikat pembekal penapis air.
Syarat-syarat jaminan
1. Jaminan daripada Syarikat pembekal tidak tertakluk kepada rekabentuk luaran unit atau penggantian barang guna pakai harian selepas penggunaan biasa. Jaminan hanya akan diterima jika unit tersebut gagal beroperasi didalam penggunaan biasa mengikut spesifikasi pembuatan.
2. Jaminan hanya sah selama 12 bulan dari tarikh pemasangan. Berikutnya tertakluk pada syarat-syarat dan keadaan :-
- Mesin di jamin didalam penggunaan biasa sahaja seperti Pam Booster, Transformer, Injap-Cook Sol, Injap L-Sol, Injap-Auto Kumbah, PCB, Suis Kawalan Paras Air, Elemen Pemanas, Bi-Metal dan R.O. membran.
3. Dalam keadaan seperti yang berikut, caj servis dan alat ganti akan dikenakan walaupun masih tertakluk kepada tempoh jaminan :-
- Gagal menujukan kad jaminan atau resit jualan ketika mendapatkan servis.
- R.O. unit pernah dibuka, diperbaiki, diubah atau diubahsuai oleh mana-mana pihak yang tidak bertauliah.
- Haus guna penapis. (Katrij penapis, penapis mendapan, Prapenapis dan Pascapenapis Karbon).
- Kerosakan yang berpunca daripada kebakaran, kilat, banjir, bencana alam, kecuaian, pencemaran atau takdir Tuhan.
- Menanggalkan pelekat pada pam dan penapis atau nombor siri penulenan R.O.
- Alat ganti yang tidak dibekalkan oleh pihak Syarikat.
4. Berikut adalah sebagai ganti kepada jaminan di atas sama ada secara nyata atau tersirat :-
Thursday, May 2, 2019
Persijilan MyGAP
Video menunjukkan Persijilan MyGAP untuk produk makanan yang berkualiti dan selamat di makan.
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyarankan sektor tanaman, ternakan dan akuakultur negara ini mematuhi piawaian yang diiktiraf antarabangsa seperti myGAP dan myOrganic. Tegas beliau, perkara itu bertujuan menggerakkan industri makanan dalam menghasilkan produk berkualiti. Jelasnya, myGAP atau Malaysia Good Agricultural Practices adalah pensijilan yang komprehensif untuk petani dan penternak.
Contoh produk yang ada waranti
Bagi pengguna di Malaysia: Hak-hak yang
dinyatakan di dalam waranti ini ialah tambahan pada hak-hak statutori yang
mungkin layak anda terima menurut Akta Persaingan Dan Pengguna 2010 dan
undang-undang dan peraturan perlindungan pengguna Malaysia lain yang dikenakan.
Barangan kami diiringi jaminan yang tidak boleh dikecualikan menurut Undang-undang
Pengguna Malaysia. Anda berhak mendapat barangan ganti atau bayaran balik jika
berlaku kegagalan yang besar dan anda berhak menerima pampasan jika berlaku
kerugian atau kerosakan lain yang terduga secara munasabahnya. Anda juga berhak
meminta barangan itu dibaiki atau digantikan jika barangan tersebut tidak boleh
terima kualitinya dan kegagalan yang berlaku itu bukan suatu kegagalan yang
besar. Pembaikan barangan itu mungkin menyebabkan kehilangan data. Barangan
yang diserahkan untuk dibaiki mungkin tidak dibaiki tetapi digantikan dengan
barangan lain yang sama jenisnya yang telah dibaiki. Bahagian yang telah
dibaiki mungkin akan digunakan untuk membaiki barangan tersebut.
WARANTI
INI MEMBERI ANDA HAK UNDANG-UNDANG YANG SPESIFIK, DAN ANDA MUNGKIN JUGA
MEMPUNYAI HAK-HAK LAIN YANG BERBEZA MENGIKUT NEGERI (ATAU MENGIKUT NEGARA ATAU
WILAYAH). KECUALI DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, SYARIKAT PENGELUAR TIDAK
MENGECUALIKAN, MENGEHADKAN ATAU MENGGANTUNG HAK-HAK LAIN YANG MUNGKIN ADA PADA
ANDA, TERMASUK HAK-HAK YANG MUNGKIN TIMBUL DARIPADA KETIDAKPATUHAN SESUATU
KONTRAK JUALAN. UNTUK MEMAHAMI SEPENUHNYA HAK-HAK ANDA, ANDA HARUSLAH MERUJUK
KEPADA UNDANG-UNDANG NEGARA, WILAYAH ATAU NEGERI ANDA.
Wednesday, May 1, 2019
Di antara Waranti dan Gerenti
Satu jaminan yang
dikeluarkan / diberikan oleh pengeluar / syarikat kepada pembeli untuk
memperbaiki atau menggantikan barangan yang rosak atau cacat dalam tempoh yang
ditetapkan tanpa sebarang caj dikenakan kepada pembeli .
Berdasarkan aduan yang
dikemukakan, standard kualiti yang dikenakan ke atas barang yang dibekalkan
oleh pembekal, seksyen 32 Akta Perlindungan Pengguna
memperuntukkan bahawa barang yang dibekalkan kepada pengguna mempunyai
gerenti tersirat bahawa barang itu adalah
daripada kualiti yang boleh terima dan selamat untuk digunakan.
Seksyen 41 (1)(a) dan 46 bagi barang yang
gagal mematuhi gerenti, pembekal boleh (a) membaiki
barang, jika kegagalan
itu tidak berkaitan dengan hakmilik; (b) memulihkan apa-apa
kecacatan hakmilik, jib
kegagalan itu berkaitan dengan hakmilik; (c) menggantikan
barang itu dengan barang
yang serupa jenisnya; atau (d) memberikan bayaran balik
apa-apa wang yang telah
dibayar atau balasan lain yang telah diberikan oleh pengguna
berkenaan dengan barang
itu jika pembekal tidak dapat dengan munasabahnya dikehendaki membaiki atau
menggantikan barang itu atau memulihkan apa-apa kecacatan hakmilik
Anda mempunyai hak untuk
meminta pulangan wang atau menggantikan barang tersebut jika barang tersebut telah
dihantar berulang ulang kali untuk masalah yang sama.
Tetapi, sekiranya tidak
boleh di baiki, barulah mereka akan menggantikan produk tersebut
kepada produk yang baru.
Untuk pengetahuan anda
juga, dalam undang-undang Malaysia, semua produk pengguna mempunyai
jaminan secara automatik tanpa ditulis secara lisan. Jaminan ini disebut
sebagai implied warranty. Maksudnya semua produk pengguna yang
dijual di negara ini perlu mempunyai kualiti yang berpatutan. Pengeluar,
Pembuat dan Pengedar perlu memastikan produk yang dijual berkualiti dan boleh
digunakan pada jangka masa yang munasabah.
Sekiranya pengedar dan
pengeluar menafikan hak Puan untuk menuntut pembaikan atau penggantian, Puan
boleh membuat satu aduan kepada NCCC atau membawa kes ini ke tribunal tuntutan
pengguna malaysia untuk membuat tuntutan. Sila pastikan bukti pembelian ( resit
/ kad waranti ) ada semasa membuat tuntutan terhadap syarikat tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)


