- Di Malaysia, remedi bagi barangan yang rosak didapati
dalam Akta Jualan Barangan 1957 ("SOGA") dan Akta
Perlindungan Pengguna 1999 ("CPA").
- Bahagian V dan VI (Seksyen 30 hingga 49) CPA mengandungi peruntukan yang memberikan jaminan
tersirat berkenaan dengan barang pengguna dan menetapkan remedi yang
tersedia kepada pengguna jika barangan tersebut tidak mematuhi mana-mana
jaminan yang tersirat.
- Dalam undang-undang Malaysia, semua produk pengguna
mempunyai jaminan secara automatik tanpa ditulis secara lisan. Jaminan ini
disebut sebagai implied warranty. Maksudnya semua produk
pengguna yang dijual di negara ini perlu mempunyai kualiti yang
berpatutan. Pengeluar, Pembuat dan Pengedar perlu memastikan produk yang
dijual berkualiti dan boleh digunakan pada jangka masa yang munasabah.
- Sekiranya pengedar dan pengeluar menafikan hak pengguna
untuk menuntut pembaikan atau penggantian, tuan/puan boleh membuat aduan
kepada NCCC atau boleh membawa kes ini ke Tribunal Tuntutan Pengguna
Malaysia.
No comments:
Post a Comment