Blog ini khas untuk pertandingan blog kepenggunaan 2019.

Monday, June 24, 2019

Dia antara isu-isu yang berbangkit tentang jaminan produk di Malaysia

  • Apakah tujuan jaminan kualiti? katakan sekiranya anda membeli sebuah komputer dan ia ada sedikit kerosakan yang dikesan. Apabila anda membuat aduan, apakah tindakan pihak penjual? Adakah ia memberi komputer baru sebagai ganti atau adakah ia hanya membaiki kerosakan komputer yang telah sedia ada? Di negara kita selalunya yang dibuat oleh peniaga ialah dengan membaiki produk yang rosak itu, tidak ada kes mereka menggantikan dengan yang baru kecuali, produk itu tidak boleh dibaiki lagi. Alasan yang diberi ialah baik ambil yang dibaiki, kalau ambil yang baru pun belum tentu  ia akan baik! Persoalannya, adilkah pekedai atau pengeluar berbuat demikian? Adakah pengeluaran produk itu tidak menepati kualiti yang perlu? Jika begitu baik jangan dijual sekiranya kita tidak pasti sesuatu produk itu menepati kualiti yang diperlukan!
  • "kami tidak membuat jaminan begitu, mungkin tuan salah faham," kata wakil syarikat apabila kita memulangkan balik barangan yang kita beli dan belian itu kerana kita terpengaruh dengan iklan di dalam TV. Katakan di dalam iklan TV memberi jaminan satu jenis pil akan membantu menurunkan berat badan tanpa membuat senaman dalam masa dua minggu, badan kita sedikit tidak menunjukkan penurunan berat badan. Dengan marah kita ingin pulangkan pil tersebut dan meminta wang kita dipulangkan. Wakil jualan akan memberi alasan, kita tidak mengikut peraturan. Peraturan apa? Adakah kita mempunyai saksi atau bukti yang kita telah mengikuti setiap langkah peraturan yang disuruh? Tidak mungkin kita boleh buktikannya di mahkamah. Malah jauh sekali sekali pengguna di Malaysia tidak akan ke mahkamah, kerana kes itu akan disebut setelah kita meninggal dunia kerana masalah berat badan.
  • Anda mungkin biasa dengan tawaran jualan murah. Anda mungkin dengan ghairah membeli sepasang pakaian berjenama pada harga tawaran 80 peratus. Ada yang bernasib baik kerana anda mendapat pakaian yang baik kualitinya. Tetapi cuba renung kembali kebanyakan belian pada harga tawaran murah, apakah kualiti barangan yang anda perolehi? Ada orang membeli pakaian yang berjenama terkenal pada harga yang amat murah mendapati kainnya tidak sama dengan kain yang digunakan untuk belian biasa, walaupun bentuk potongan adalah serupa. Apalah gunanya tawaran murah tersebut, melainkan untuk mengelirukan pengguna sahaja.

No comments:

Post a Comment