Blog ini khas untuk pertandingan blog kepenggunaan 2019.

Tuesday, May 7, 2019

Syarat-syarat Jaminan Daripada Syarikat Pembekal


    Di pasaran terdapat banyak barang perkakasan rumah, barang keperluan, barang perabut dan lain-lain yang kita beli di pasaran mempunyai jaminan yang diberikan oleh pihak pembekal. Berikut adalah contoh syarat jaminan yang diberi oleh Syarikat pembekal penapis air.

Syarat-syarat jaminan

1. Jaminan daripada Syarikat pembekal tidak tertakluk kepada rekabentuk luaran unit atau penggantian barang guna pakai harian selepas penggunaan biasa. Jaminan hanya akan diterima jika unit tersebut gagal beroperasi didalam penggunaan biasa mengikut spesifikasi pembuatan.

2. Jaminan hanya sah selama 12 bulan dari tarikh pemasangan. Berikutnya tertakluk pada syarat-syarat dan keadaan :-
  • Mesin di jamin didalam penggunaan biasa sahaja seperti Pam Booster, Transformer, Injap-Cook Sol, Injap L-Sol, Injap-Auto Kumbah, PCB, Suis Kawalan Paras Air, Elemen Pemanas, Bi-Metal dan R.O. membran.
3. Dalam keadaan seperti yang berikut, caj servis dan alat ganti akan dikenakan walaupun masih tertakluk kepada tempoh jaminan :-
  • Gagal menujukan kad jaminan atau resit jualan ketika mendapatkan servis.
  • R.O. unit pernah dibuka, diperbaiki, diubah atau diubahsuai oleh mana-mana pihak yang tidak bertauliah.
  • Haus guna penapis. (Katrij penapis, penapis mendapan, Prapenapis dan Pascapenapis Karbon).
  • Kerosakan yang berpunca daripada kebakaran, kilat, banjir, bencana alam, kecuaian, pencemaran atau takdir Tuhan.
  • Menanggalkan pelekat pada pam dan penapis atau nombor siri penulenan R.O.
  • Alat ganti yang tidak dibekalkan oleh pihak Syarikat.
4. Berikut adalah sebagai ganti kepada jaminan di atas sama ada secara nyata atau tersirat :-