Blog ini khas untuk pertandingan blog kepenggunaan 2019.

Sunday, June 30, 2019

Persaingan jualan produk yang harga terkawal

Ekonomi Malaysia yang diadunkan daripada ekonomi kapitalis dan komunis menambahkan resipi kawalan kepada ekonominya dengan menjadikan beberapa barangan diletakkan di bawah kawalan harga. Ini bermakna kerajaan menetapkan harga sesuatu produk yang termaktub sebagai barangan yang dikawal harga. Tiada mana-mana peniaga boleh menjual pada harga yang lebih tinggi atau lebih rendah daripada apa yang dibenarkan. Selain daripada harga sebagai senjata utama persaingan, apakah lagi yang boleh mereka gunakan sebagai alat untuk bersaing di atas kecekapan teknologi, seperti syarikat minyak petrol. Tetapi mereka masih tetap mahu bersaing di atas kapasiti harga, melalui jualan tidak langsung.

Pada satu masa, syarikat-syarikat petrol di Malaysia mengadakan pertandingan menjawab soalan untuk pengguna-pengguna minyak mereka dengan nilai hadiah yang amat besar. Lepas satu syarikat melancarkan pertandingan dengan hadiah kereta mewah, syarikat yang lain menawarkan hadiah rumah mewah, dan akhirnya semua syarikat petrol telah mengadakan pertandingan sedemikian. Kos untuk membahagikan hadiah adalah datang daripada pengguna.

Apabila syarikat-syarikat berkenaan nanti ketiadaan dana atau apabila sesuatu yang tidak baik berlaku kepada ekonomi, mereka akan cepat-cepat meminta harga petroleum dinaikkan. Bagaimana pendapat anda? Kini kita dapati syarikat petroleum di Malaysia mengadakan pula sistem mata melalui kad-kad pintar mereka seperti Bonus Link, Xchange, Lifestyle dan sebagainya.