Blog ini khas untuk pertandingan blog kepenggunaan 2019.

Thursday, May 2, 2019

Guarantee vs Warranty


Persijilan MyGAP


Video menunjukkan Persijilan MyGAP untuk produk makanan yang berkualiti dan selamat di makan.
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyarankan sektor tanaman, ternakan dan akuakultur negara ini mematuhi piawaian yang diiktiraf antarabangsa seperti myGAP dan myOrganic. Tegas beliau, perkara itu bertujuan menggerakkan industri makanan dalam menghasilkan produk berkualiti. Jelasnya, myGAP atau Malaysia Good Agricultural Practices adalah pensijilan yang komprehensif untuk petani dan penternak.

Contoh produk yang ada waranti


Bagi pengguna di Malaysia: Hak-hak yang dinyatakan di dalam waranti ini ialah tambahan pada hak-hak statutori yang mungkin layak anda terima menurut Akta Persaingan Dan Pengguna 2010 dan undang-undang dan peraturan perlindungan pengguna Malaysia lain yang dikenakan. Barangan kami diiringi jaminan yang tidak boleh dikecualikan menurut Undang-undang Pengguna Malaysia. Anda berhak mendapat barangan ganti atau bayaran balik jika berlaku kegagalan yang besar dan anda berhak menerima pampasan jika berlaku kerugian atau kerosakan lain yang terduga secara munasabahnya. Anda juga berhak meminta barangan itu dibaiki atau digantikan jika barangan tersebut tidak boleh terima kualitinya dan kegagalan yang berlaku itu bukan suatu kegagalan yang besar. Pembaikan barangan itu mungkin menyebabkan kehilangan data. Barangan yang diserahkan untuk dibaiki mungkin tidak dibaiki tetapi digantikan dengan barangan lain yang sama jenisnya yang telah dibaiki. Bahagian yang telah dibaiki mungkin akan digunakan untuk membaiki barangan tersebut.
WARANTI INI MEMBERI ANDA HAK UNDANG-UNDANG YANG SPESIFIK, DAN ANDA MUNGKIN JUGA MEMPUNYAI HAK-HAK LAIN YANG BERBEZA MENGIKUT NEGERI (ATAU MENGIKUT NEGARA ATAU WILAYAH). KECUALI DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, SYARIKAT PENGELUAR TIDAK MENGECUALIKAN, MENGEHADKAN ATAU MENGGANTUNG HAK-HAK LAIN YANG MUNGKIN ADA PADA ANDA, TERMASUK HAK-HAK YANG MUNGKIN TIMBUL DARIPADA KETIDAKPATUHAN SESUATU KONTRAK JUALAN. UNTUK MEMAHAMI SEPENUHNYA HAK-HAK ANDA, ANDA HARUSLAH MERUJUK KEPADA UNDANG-UNDANG NEGARA, WILAYAH ATAU NEGERI ANDA.