Blog ini khas untuk pertandingan blog kepenggunaan 2019.

Monday, June 24, 2019

Kualiti produk

Cuba semak buku yang anda beli di kedai buku, adakah buku itu menepati kualiti yang selayaknya untuk digunakan. Dari segi kandungan, kalau tidak menepati piawai pengajian tinggi, itu sahaja kemampuan pengarang untuk dihidangkan kepada pembaca. Ini adalah penyampaian idea yang terbentuk secara relatif mungkin sukar untuk mencapai persetujuan dari segi piawai. Jadi tidak usah kita pertikaikan kandungan di dalamnya. Cuba lihat dari segi kertas, percetakan, dan lain-lain bentuk persembahan yang ada padanya, adakah ia memenuhi matlamat anda memilikinya denga  harga yang telah ditetapkan oleh penerbit?

Ada berbagai alasan bagi peniaga untuk melepaskan diri daripada tuduhan kenapa produk keluarannya tidak bermutu. Selalunya diberikan di dalam suasana kos. "Mana ada barangan baik dengan harga yang murah?" Kata-kata itu mempunyai kebenaran, tetapi pengeluar perlu bertanya, "Kenapa orang membeli produknya?" Jawapan utama kenapa orang membeli sesuatu produk ialah untuk kegunaan seperti yang terfikir sebagai objektif pembelian. Kenapa anda membeli buku ini, kerana anda mahu membaca dan memahami intisari buku tersebut. Jika tidak kerana sebahagian muka suratnya rosak, kandungannya menyongsang, bermakna penerbit buku ini (peniaga) telah mengelirukan anda!

Begitu juga apabila anda mengupah seseorang kontraktor memasang paip di rumah anda. Kenapakah anda mahukan paip dipasang? Tentu sekali anda mahu paip itu mengeluarkan air dan sistemnya tidak akan mencemaskan kebahagiaan anda (anda dapat menggunakan dengan selesa). Tetapi apa akan berlaku jika pertama sekali anda membuka pili itu, air tidak keluar selepas kontraktor menyatakan kerjanya sedah selesai? Anda akan mengamuk. Dan katakan air keluar, tetapi kepala paip patah pada kali pertama anda menggunakannya, ia telah mencemaskan kesejahteraan anda, anda sepatutnya tidak perlu membayar upah kepada kerja-kerja yang sedemikian teruk. Langsung tidak ada kualiti kerja dan matlamat anda membeli perkhidmatan kontraktor tersebut langsung tidak kesampaian.

Di dalam jualan, kita sebagai pengguna perlu meminta jaminan kualiti produk. Apabila kita membeli kebanyakan peralatan mesin atau elektrik biasanya di Malaysia kita dijamin penggunaan tanpa kerosakan semulajadi selama setahun. Sesetengahnya seperti televisyen dan perkakasan elektrik Sanyo diberi jaminan selama dua tahun dan jika ada kerosakan pihak perkhidmatan pelanggan akan datang ke rumah pelanggan untuk membaiki pada masa itu juga. Kebanyakan syarikat mengadakan pelbagai bentuk jaminan ketahanan penggunaan dan keberkesanan yang dibuat secara bertulis kepada produk yang dikeluarkan. Tetapi adakah itu sebenarnya yang berlaku apabila ada pelanggan yang membuat aduan?


No comments:

Post a Comment